Female Bear Cute With Flower Hairpin PEMULIHAN KHAS: 2013

Tuesday 28 May 2013

Friday 24 May 2013

LAGU ASAS MENGEJA BAHASA MELAYU 3



LAGU ASAS MENGEJA BAHASA MELAYU 4


Saturday 20 April 2013

AKTIVITI PEMULIHAN










BILIK PEMULIHAN







LATAR BELAKANG PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak tahun 1960an untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

LATAR BELAKANG
 
1967 - Kementerian Pendidikan telah melaksanakan program pemulihan dengan menggunakan strategi  
           “Withdrawal System.”

1975 - Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek percubaan “Pendidikan Imbuhan” bagi tahap 
           satu (Tahun 1 hingga  3) dengan menggunakan strategi di mana pemulihan dijalankan oleh guru kelas/            mata pelajaran.
 
1994 - Program Khidmat Guru Pendamping bagi meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan dalam 
            kelas KBSR.
 
1998 - Program Intervensi 3M.
 
2000 - “Multiple Intelligence”          
         

Laporan Jawatankuasa Kabinet Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 : (PERAKUAN  5)
 
Adalah diperlukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah mengadakan pengajaran pemulihan selepas daripada Ujian Rujukan Kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah mendalami kaedah dan pengajaran, bahan-bahan yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu


PEMULIHAN DALAM KBSR

Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan KBSR. Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak dapat menguasainya akan dibantu melalui Program Pemulihan Khas. 

Pengajaran dan pembelajaran pada tahap 1 (tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah penguasaan 3M.

Di dalam KBSR, terdapat beberapa jenis program pemulihan yang dijalankan sama ada di dalam kelas dan di kelas khas. Di antara program yang dijalankan di dalam kelas adalah seperti KIA2M, PROTIM selain daripada aktiviti pemulihan dalam kelas. Manakala program Pemulihan Khas pula dijalankan dikelas khas menggunakan withdrawal system.

1) Pemulihan Dalam Kelas 
Pemulihan KBSR  - dalam kelas biasa - bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari
KIA2M ( telah digantikan dengan program LINUS) - oleh BPK - bantu murid tahun 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis) - dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum di’bebas’kan - gagal Ujian Pelepasan 3 – masuk ke kelas Pemulihan Khas pada tahun berikutnya
PROTIM - program pemulihan 3M tahap 2 - membantu murid tahun 4 - 6 menguasai 3M - tahun 6 - dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR - gagal praujian - murid PROTIM - BM dan Matematik 

2) Program Pemulihan Khas 
- Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System) - murid yang dikenalpasti melalui ujian saringan - ke kelas pemulihan pada waktu tertentu sahaja (BM dan Matematik) - dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasi kemahiran asas yang ditentukan   - murid yang dikenalpasti dimasukkan ke dalam kelas khas secara sepenuh masa - dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai kemahiran asas 3M
   
PEMULIHAN DALAM KSSR

Program LINUS (Literasi dan Numerasi) bagi murid tahap 1 mula diperkenalkan pada tahun 2010. Matlamat Program LINUS ialah semua murid kecuali murid berkeperluan khas menguasai asas literasi dan numerasi setelah 3 tahun mengikuti pendidikan rendah tahap 1 di akhir tahun 2012.

TUGAS-TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS


Berikut adalah di antara tugas-tugas Guru Pemulihan Khas: 


Senarai Tugas Guru Pemulihan Khas
  1. Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosidur yang telah ditetapkan. 
  2. Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal mengenalpasti murid-murid yang memerlukan pengajaran  pemulihan.
  3. Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid.
  4. Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah. 
  5. Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid- murid.  


    Peranan GPK Dalam Program LINUS 
    Salah satu subbidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan ialah Literasi dan Numerasi (LINUS). Matlamat LINUS iaitu untuk memastikan semua murid yang tidak mempunyai  masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi.
    Bagi memastikan sub-NKRA ini mencapai matlamatnya, murid LINUS Tegar, iaitu yang tidak menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2, akan dibimbing oleh Guru Pemulihan Khas. Justeru itu, Guru Pemulihan Khas perlu mengajar murid LINUS Tegar selain daripada murid-murid pemulihan Tahun 2 dan Tahun 3. Murid yang menguasai konstruk 3-7 dalam BM dan 3-9 dalam Matematik, akan dipulihkan oleh guru-guru BM dan Matematik.  
    Guru Pemulihan Khas hendaklah mengajar murid LINUS Tegar tidak melebihi 15 orang pada setiap sesi pembelajaran selepas Saringan 2 dilaksanakan. Walau bagaimanapun, semua Guru Besar hendaklah memastikan jumlah masa mengajar yang ditetapkan bagi Guru Pemulihan Khas adalah tidak kurang dari 900 minit dan tidak melebihi 1020 minit seminggu (termasuk waktu persediaan).

    Surat Siaran, Perlaksanaan Program Literasi Dan Numerasi (Linus) Tahap 1 Di Sekolah Rendah, Bil. KP(BPK) 400-32/6Jld.3(61), bertarikh 22 April 2010.

Punca dan Bidang Kuasa

  • Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil. KP(BS)8594/Jld.11/(32)bertarikh 22Jan. 1985. (Guru Khas Pendidikan Pemulihan)
  • Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V(26) bertarikh 28Jan.1986.(Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)
  • Surat siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29) bertarikh 17Mac.1986 (Pengawasan dan Penyeliaan Program Pemulihan)

Senarai Semak Tugas-Tugas GPK

1) Instrumen/Ujian yang dijalankan

  1. Mengumpul maklumat murid Pemulihan Khas (Borang Pencalonan Murid)
  2. Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik BM (Lisan, Bertulis, Praktik)
  3. Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik MT 
  4. Menjalankan Ujian Pelepasan IPP2M
  5. Merekod dan menganalisis Ujian-ujian yang dijalankan kepada murid
  6. Menjalankan tindakan susulan ke atas murid (berjumpa/berbincang dengan ibu bapa)
  7. Mengusulkan murid menjalani pemeriksaan doktor
  8. Mengumpulkan rekod ujian/peperiksaan murid dalam arus perdana
  9. Mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbir/mesyuarat dari semasa ke semasa tentang masalah murid
  10. Melapor pencapaian murid kepada pihak pentadbir/ mesyuarat dari semasa ke semasa      

2) Pengurusan Fail dalam Pemulihan Khas
  1. Menyedia/ melengkapkan Fail Induk dan diletakkan di pejabat pentadbiran sekolah 06/04/013
  2. Fail Guru – 06/04/013/01(Melengkapkan segala maklumat guru/sijil kursus)
  3. Fail Maklumat Program– 06/04/013/02  (Melengkapkan carta organisasi/ AJK/ Pekeliling/Takwim/Borang/ Jadual waktu kelas)
  4. Fail Surat Menyurat – 06/04/013/03 (Surat-surat dari sekolah/PPD/JPNS/KPM)
  5. Fail Minit Mesyuarat – 06/04/013/04 (Surat panggilan/agenda mesyuarat/minit mesyuarat)
  6. Fail Murid – 06/04/013/05(Senarai nama murid/borang pencalonan)
  7. Fail Diagnostik BM&MT – 06/04/013/06 (Ujian Diagnostik BM-Lisan/Praktik/Bertulis, Ujian Diagnostik MT
  8. Fail Pelepasan BM&MT – 06/04/013/07 (Ujian IPP2M/Ujian Pelepasan MT dan lain-lain)
  9. Fail Analisa Ujian – 06/04/013/08 (Borang Rekod Ujian Diagnostik BM/MT/ Ujian & Peperiksaan dalam arus perdana)
  10. Fail Lembaran Kerja – 06/04/013/09 (Lembaran kerja BM & MT)
  11. Fail Kertas kerja – 06/04/013/10 (Kertas kerja/ pamplets/ laporan program)
  12. Fail LINUS – 06/04/013/11(Maklumat LINUS/ 
  13. Fail Individu murid         

3) Pengurusan Program LINUS    

  1. Menyedia/ melengkapkan Fail LINUS  06/04/013/011
  2. Menjadi AJK program LINUS di sekolah
  3. Memahami keperluan/masalah murid dalam menguasai Konstruk 1 & Konstruk 2
  4. Merancang aktiviti P&P yang sesuai bagi Konstruk 1 & Konstruk 2
  5. Mengadakan pertemuan/perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga murid
  6. Tindakan susulan kepada murid untuk menjalani pemeriksaan doktor
  7. Menyediakan BBM yang sesuai dengan keperluan murid
  8. Membuat pemerhatian ke atas murid samaada di dalam/ di luar kelas.
  9. Latihan bertulis disediakan sesuai dengan kebolehan murid    

Thursday 4 April 2013

PROGRAM PEMULIHAN KHAS


Apakah Program Pemulihan Khas? 

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM semenjak tahun 1960-an lagi untuk membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran, iaitu menguasai kemahiran asas 3M.

Definisi Program Pemulihan Khas

 Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 )

 “ Pendidikan Pemulihan ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran, kanak-kanak pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihan khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan.”
(National Association for Remedial Education ‘NARE’ Great Britain - 1977)

“ Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira”.
(Panduan Am KBSR - 1982)

 “Suatu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan pembelajaraan khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus KBSR”.

Murid Pemulihan Khas

Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”. (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 )

Rasional 

PPK dijalankan di sekolah adalah kerana bilangan murid yang ramai di dalam sesebuah kelas agak menyukarkan guru untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Majoriti kelas KBSR pada masa ini mempunyai bilangan murid antara 35-45 orang. Hal ini berlawanan dengan konsep kelas kondusif yang seharusnya mempunyai bilangan murid antara 25-30 orang sahaja.

PPK pada dasarnya bertujuan untuk memastikan murid-murid menerima layanan individu mengikut kadar perkembangan kognitif mereka.

Kumpulan Sasaran 

Program Pemulihan Khas dijalankan untuk menampung keperluan-keperlaun murid di dalam kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal atau terencat akal.
1) Masalah pembelajaran akibat :
 a) ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru
 b) sering tidak hadir ke sekolah
 c) cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran
 d) leka dan lambat

2) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran :
 a) masalah peribadi
 b) masalah psikologi
 c) kurang kecerdasan (lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan)